Cina Terengganu sesuai dengan PAS – Jefri Chua

- Advertisement -
KUALA TERENGGANU: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Kuala Terengganu, Jefri Chua mendakwa masyarakat pengundi Tionghua kini semakin selesa dengan PAS.
 
Ini kerana katanya, warga Cina di Kuala Terengganu secara khususnya lebih tertumpu kepada bidang perniagaan masing-masing.
 
Menurutnya, berada di bawah kepimpinan PAS memerintah negeri lebih selamat kerana parti itu kuat memperjuangkan Islam.
 
“Orang Cina Terengganu ini lebih tumpu kepada soal perniagaan mereka. Saya selalu dengan group (kumpulan) DHPP ini, mereka rasa lebih selamat dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 
 
“Jadi dengan DAP di Terengganu ini tidak sesuai, kerana mereka (DAP) selalu mainkan (isu) kononnya PAS ini parti perkauman dan sebagainya. 
 
“Pada pengalaman saya, mereka (kaum Tionghua) lebih sesuai (selesa) dengan PAS,” jelasnya ketika bercakap sebagai salah seorang panelis program Bicara Perpaduan dan Pembangunan bersama empat ahli panel lain di hadapan Flat Awam Padang Hiliran, di sini kelmarin. 
 
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan orang Melayu agar dapat membuat perubahan dengan menyokong PAS kali ini.
 
“Saya hendak beritahu kepada orang Melayu Islam. Kenapa saya orang Cina dan Dr Bala orang Indiakita boleh bersama PAS. 
 
“Tapi, mengapa kamu (Melayu) tidak boleh (bersama) dengan PAS? Sebab itu, saya hairan dengan sikap orang Melayu di Terengganu ini,” ujarnya.
 
Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini calon PAS pasti akan bertanding menentang Umno-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan. -HARAKAHDAILY 3/4/2018
- Advertisement -