Pasar Rakyat Prihatin cara PAS ringan beban pengguna

- Advertisement -

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengambil inisiatif mengadakan siri jualan amal menerusi Pasar Rakyat Prihatin.

- Advertisement -

Bertujuan meringankan beban kos sara hidup pengguna, jualan amal siri ini telah diadakan di Bandar Seri Alam dalam Dun Johor Jaya dan Taman Permas Jaya dalam Dun Permas, kelmarin.

Sebanyak 550 kilogram pelbagai jenis ikan segar telah dijual dengan harga lebih murah daripada pasaran dan habis dijual dalam tempoh masa kurang dua jam.

Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah, pihaknya berusaha semampu mungkin mendapatkan keperluan harian rakyat untuk dijual secara amal.

Jelasnya, selain bagi membantu meringankan beban pengguna, ia juga adalah langkah kebajikan yang mampu PAS lakukan sebagai bukan parti pemerintah. – HARAKAHDAILY 2/4/2018

- Advertisement -