PAS siap tempur kembali menangi Belantik

- Advertisement -

SIK: Kemeriahan majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS UPU Bendang Man menjadi isyarat jelas kesungguhan PAS Kawasan Sik untuk kembali memenangi Dun Belantik.

- Advertisement -

Pelbagai acara bersama masyarakat diadakan sempena pelancaran tersebut yang disempurnakan Pengarah Pilihan Raya PAS Sik, Yahya Wahab di Kampung Jering, Chepir, di sini semalam.

Antara diadakan adalah Konvoi Motor ARC, bacaan ikrar kesetiaan dan ketaatan kepada PAS, serta sukan rakyat melibatkan petugas parti bersama masyarakat setempat.

Pelancaran penuh semangat itu juga menjadi mesej kesediaan PAS MTD Belantik untuk memasuki medan tempur PRU14 yang dijangka paling mencabar serta pertembungan sekurangnya tiga penjuru.

Hadir sama memeriahkan program tersebut adalah Setiausaha Pilihan Raya PAS Sik, Wahab Yusoff, para pimpinan PAS Kawasan, MTD Belantik, Ketua-ketua UPU dan jawatankuasa UPU seluruh Dun Belantik. – HARAKAHDAILY 2/4/2018

- Advertisement -