Muslimat redah banjir pantau keadaan OKU

- Advertisement -

TAWAU: Orang Kelainan Upaya (OKU) walaupun seorang tetap menjadi peranan golongan mukmin memberi perhatian atasnya kerana tuntutan iman dan tanggungjawab kemanusiaan.

- Advertisement -

Atas sebab itulah Jentera Muslimat MTD Sri Tanjong dan Apas segera menjejaki dan membantu anak OKU yang mungkin berada dalam risiko akibat banjir berikutan hujan lebat, semalam.

Kekuatiran itu berikutan kawasan kediaman Mohamad Ishak Ismail, 10 tahun penghidap Cerebral Palsy berhampiran sungai dan air telah pun naik ketika itu.

Bagaimanapun, ketika kunjungan tersebut mendapati keluarga tersebut dalam keadaan selamat dan sedikit sumbangan telah disampaikan Ketua HalWa PAS Kawasan Tawau, Ustazah Mulyane Jam Jam.

Turut serta pada misi tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Tawau, Siti Arfa Asrisal dan Ketua Muslimat PAS Cawangan Apas, Ustazah Ervinah Basmin. – HARAKAHDAILY 2/4/2018

- Advertisement -