Hakikat sebenar disebalik Jualan Sentuhan Rakyat

- Advertisement -

SIMPANG RENGGAM: Jualan Sentuhan Rakyat yang dianjurkan Umno di seluruh negara bukan sahaja tidak praktikal, malah pelaksanaannya tidak menyelesaikan bebanan ditanggung pengguna.

- Advertisement -

Malah hakikatnya, agensi-agensi kerajaan diarah membayar lebihan harga tersebut, selain muslihat halus menguntungkan pihak tertentu yang mungkin merupakan kroni penganjur program berkenaan.

Demikian pandangan dikemuka Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat sempena program ‘Free Market’ anjuran PAS Simpang Renggam, di sini kelmarin.

Menurutnya, pendekatan PAS pada program tersebut menerusi pemberian baucer pembelian barangan bernilai RM50 lebih praktikal dengan hasrat meringankan beban golongan bersasar atau memerlukan.

Jelas beliau, menerusi cara itu juga penerima bebas membeli barangan mengikut pilihan keperluannya, selain memenuhi maksud ‘pemberian’ yang dihasratkan pihak penyumbang.

“Sedangkan, dalam Jualan Sentuhan Rakyat pembeli perlu membayar. Konon harga jualan murah, tetapi lebihan harga di bayar agensi kerajaan tertentu.

“Ini bak kata pepatah, “Lembu punya susu, sapi dapat nama”,” bidas beliau ketika majlis penyerahan baucer oleh Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Ustaz Ilias Ithnin kepada 200 penerima. – HARAKAHDAILY 2/4/2018

- Advertisement -