Dapur Panas meriah hasilkan kuih tradisi S’wak

- Advertisement -

PETRA JAYA: Pelbagai kuih-muih tradisional Sarawak terhasil dari penganjuran program Dapur Panas oleh PAS Kawasan Petra Jaya yang diadakan di Kampung Sungai Midin, Samariang, di sini semalam.

- Advertisement -

Malah, program tersebut juga nyata mengeratkan hubungan khususnya Muslimat PAS Petra Jaya dengan kaum hawa di perkampungan tersebut atas kemahiran dan inisiatif yang berjaya diterapkan.

Menerusi demonstrasi masakan sebagai aktiviti utama program, hadirin didedahkan dengan pembuatan kuih rangin, tumpik, suman lumek dan kerabu janggut duyung yang menjadi identiti Bumi Kenyalang.

Malah, hadirin juga diajar mengenai pembuatan mee kuning hingga kesatuan antara mereka melahirkan solusi untuk menjadikannya satu perusahaan bagi menambah pendapatan kaum hawa di kampung itu.

Cetusan yang disokong Ketua Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang itu juga terbit dari kesukaran penduduk untuk mendapatkan mee kuning hasil buatan Muslim di sekitar bandaraya tersebut.

Turut dilangsungkan sempena program tersebut adalah jualan amal, cabutan bertuah dan gotong-royong menyediakan menu kenduri makan tengahari bersama. – HARAKAHDAILY 2/4/2018

- Advertisement -