Anak muda tenaga penting dan agen perubahan

- Advertisement -

REMBAU: Anak muda terus disandarkan harapan sebagai tenaga penting yang akan menggerakkan jentera PAS pada PRU14 selain membawa perubahan kepada masa depan negara.

- Advertisement -

Sehubungan itu, anak muda diharap terus bangkit dengan gagah mengemudi sokongan ke arah membantu kemenangan PAS, demikian seruan pemangku Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau, Khairul Ikhwan Azmi.

Beliau menyatakan perkara itu pada program Sembang Santai Anak Muda yang menjadi persiapan Pemuda PAS untuk PRU14 di Markas PAS Kampung Mulia, di sini kelmarin.

Menerusi program tersebut, penerangan dan penjelasan mengenai isu semasa diberikan selain jamuan BBQ dan solat berjamaah melibatkan ahli Pemuda dan ARC dari Dun Kota dan Dun Chembong.

Hadir sama adalah Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Dolah dan Ahli Jawatankuasa Ulamak PAS Negeri Sembilan, Ustaz Rosmin Adam serta pimpinan PAS Rembau. – HARAKAHDAILY 2/4/2018

- Advertisement -