Saya maafkan Sinar Harian – Presiden PAS

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan pihak media lebih bersikap jujur dalam membuat laporan agar tidak menimbulkan fitnah.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memaafkan kesilapan yang diakukan oleh wartawan Sinar Harian yang dilaporkan menfitnahnya.

“Saya dah maafkan Sinar Harian dan bagi saya tak ada apa-apa dah semuanya selesai. Cuma saya harap selepas ini , media lebih telus dan berhati-hati melaporkan berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas Majlis Penutup Dialog Rayat Terengganu Sejahtera Selepas PRU14 di sebuah hotel, Kuala Terengganu, semalam.

Malah, kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau juga tidak berkecil hati dengan Sinar Harian kerana menganggap isu tersebut telah selesai dan tidak timbul lagi sebarang konflik antara keduanya.

Ini berikutan, laporan Sinar Harian pada 26 Mac lalu telah mengubah tiga kali tajuk beritanya dalam versi cetak dan online iaitu “PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB”, “PAS ambil pendekatan ‘berkecuali’ isu 1MDB” dan “1MDB: Jangan terus menghukum”.

Hadir sama pada Dialog Rakyat itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu iaitu Ustaz Satiful Bahri Mamat, Dr Alias Razak dan Yahaya Ali sebagai ahli panelnya. – HARAKAHDAILY 31/3/2018

- Advertisement -