Minta penyeliaan pungutan sampah lebih baik

- Advertisement -

TEBRAU: Majlis Perbandaran Pasir Gudang diminta menyelesaikan masalah kedudukan tong sampah yang menimbulkan kesulitan kepada penduduk Kampung Felda Cahaya Baru, di sini.

- Advertisement -

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tiram, Azman Atmin berkata, kedudukan tong-tong tersebut di pinggir jalan telah mengganggu lalu lintas semasa kerja pungutan sampah dilakukan.

Jelas beliau, ia menyebabkan kesesakan Jalan Pasir Gudang – Kangkong, sedangkan ia dapat ditangani dengan menempatkan tong-tong berkenaan di lokasi lebih khusus berhampiran.

“Di situ ada ruang yang cukup untuk kerja pemunggahan dan pungutan sampah. Selain itu perlu diberi perhatian kepada kebersihan sisa sampah yang tercicir dan sistem perparitan berhampiran,” ujarnya.

Beliau memaklumkan menerima aduan daripada penduduk setempat yang terganggu oleh keadaan sedemikian tanpa tindakan daripada pihak sepatutnya. – HARAKAHDAILY 31/3/2018

- Advertisement -