PJ Johor santuni warga PDRM

- Advertisement -

TEBRAU: Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin telah mengadakan kunjungan ke beberapa Balai Polis dalam Dun Puteri Wangsa, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Lawatan itu sebagai menzahirkan penghargaannya terhadap dedikasi dan jasa pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan negara.

Ia dilakukan Ustaz Abdullah sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 yang disambut secara rasmi di seluruh negara pada 25 Mac lalu.

Lawatan ringkas secara mengejut beliau itu telah berkunjung ke Balai Polis Taman Pelangi Indah, Taman Setia Indah, Bandar Dato’ Onn, Kampung Melayu Majidee dan Kempas.

Lawatan beliau itu turut bersama para pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Puteri Wangsa diketuai Pegawai Khas Adun, Sazali Siron dan menyampaikan plak cenderahati kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. -HARAKAHDAILY 30/3/2019

- Advertisement -