Rumah Selangorku 2.0 lebih berkualiti

- Advertisement -

SHAH ALAM: Polisi Rumah Selangorku 2.0 lebih terperinci sebab menjaga kepentingan pembeli supaya dapat rumah yang berkualiti dan pemaju mengikut spesifikasi yang ditetapkan kerajaan negeri.

- Advertisement -

Sebelum ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad pemaju tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi penduduk.

Justeru katanya, kerajaan negeri membuat polisi baru Rumah Selangorku 2.0 dengan menurunkan had rumah jenis D pada harga RM220,000 dari harga RM250,000 untuk pemaju yang membina lebih 10 ekar.

“Kita memastikan terdapat stok Rumah Selangorku di bawah harga RM250,000 dengan mewajibkan pemaju yang majukan tanah lebih daripada lima ekar. Pemaju akan membina rumah di antara 20 hingga 40 peratus projek rumah,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri tidak mengawal harga sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Pusat.

Beliau turut memaklumkan keseluruhan status Rumah Selangorku dalam rancangan atau telah diluluskan dari tahun 2014 sebanyak 148 projek dan dalam pembinaan 29 projek iaitu lebih daripada 20,000 unit. – HARAKAHDAILY 29/3/2018

 

- Advertisement -