Persempadanan semula kukuhkan kedudukan BN

- Advertisement -

TUMPAT: Biar pun kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya telus, namun mesej bagi memenangkan BN tidak mampu disembunyikan.

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, walau pun SPR menafikannya, namun hakikat sebenar ramai sudah maklum.

“Sebagai contoh dua Pusat Daerah Mengundi iaitu Kota Kubang Labu dan Alor Pasir dimasukkan ke Dun Pasir Pekan.

“Sedangkan kedudukan kawasan itu di sekitar pekan Wakaf Bharu. Tidak ada sebab PDM itu ditukar memandangkan setiap pegundi mesti melalui Wakaf Bharu untuk sampai ke Alor Pasir dan Kota Kubang Labu,” katanya selepas majlis penyampaian suratan hak milik tanah 2018 di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak membentang kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya dan dilulus secara tergesa-gesa.

Kajian persempadanan semula itu melibatkan 12 kawasan parlimen dan 28 Dun di seluruh negara. – HARAKAHDAILY 29/3/2018

- Advertisement -