Kelantan lancar Dasar Kanak-Kanak Fitrah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan melancar Dasar Kanak-Kanak Fitrah (DKF) yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan dan perlindungan kanak-kanak menurut garis panduan Islam.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, dasar berkenaan mempunyai tujuh bahagian dengan memberi tumpuan kepada pembangunan dan perlindungan kanak-kanak.

“Kerajaan negeri berharap dasar itu menjadi satu garis panduan bagi membina satu tamadun generasi soleh yang cemerlang dunia akhirat,” katanya pada pelancaran dasar tersebut di Kota Darulnaim hari ini.

Pelancarannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar.

Kira-kira 600 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta NGO hadir pada program yang diadakan di Dewan Teratai.

Mohd Amar pula berkata, kanak-kanak sebagai individu penting dalam pembinaan generasi akan datang perlu dijaga sebaik mungkin. – HARAKAHDAILY 28/3/2018

- Advertisement -