Anggota JAM terselamat dalam kemalangan maut

TEMERLOH: Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Selangor, Muhd Kamarul Baharin telah mengalami kemalangan di Kilometer 121.4 menghala ke Lanchang, di sini petang tadi.
 
Dalam kemalangan maut sekitar jam 4.30 petang, mangsa yang memandu van pekerja tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Bentong serta Angkatan Pertahanan Awam.
 
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila van pekerja dipandu Kamarul terbabas ke laluan kiri jalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan mengakibatkan van remuk teruk.
 
Van pekerja dipandunya itu membawa muatan tujuh warga Bangladesh sedang dalam perjalanan ke Balai Polis Chini atas urusan kerja itu mengakibatkan dua pekerja meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Semua mangsa terlibat telah dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk mendapatkan rawatan susulan dan bedah siasat, sementara Kamarul hanya mendapat kecederaan kecil. -HARAKAHDAILY 28/3/2018
Advertisement