PAS Tebrau hargai peranan PDRM

- Advertisement -
TEBRAU: Sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211, PAS Kawasan Tebrau telah mengadakan kunjungan ke empat Balai Polis dalam Dun Tiram, di sini kelmarin.
 
Lawatan muhibah itu diketuai Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Dun Tiram, Azman Atmin bersama pimpinan PAS Kawasan dan Dewan Muslimat.
 
Pada ziarah itu, rombongan telah menghadiahkan kek dan kad ucapan penghargaan khas kepada anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram, Desa Cemerlang, Taman Pasir Putih dan Taman Scientex.
 
Menurut Azman, kunjungan itu adalah sebagai keraian dan sanjungan terhadap komitmen anggota keselamatan bertugas menjaga keharmonian masyarakat dari ancaman jenayah.
 
Sementara Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin yang juga Adun Puteri Wangsa ketika dihubungi menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan sama kepada semua warga Polis DiRaja Malaysia. -HARAKAHDAILY 27/3/2018
- Advertisement -