PAS hargai warga PDRM sempena Hari Polis

- Advertisement -

PASIR GUDANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan tujuh Balai Polis dalam Parlimen Pasir Gudang telah dikunjungi PAS Kawasan Pasir Gudang semalam.

- Advertisement -

Lawatan muhibah diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah bersama pimpinan PAS Kawasan itu adalah sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211.

Pada ziarah itu, rombongan telah menghadiahkan cenderahati berupa kek kepada anggota di IPD tersebut dan Balai Polis Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Scientex, Permas Jaya, Plentong dan Johor Jaya.

Menerusi kunjungan tersebut, PAS Pasir Gudang menyatakan penghargaan atas kewibawaan dan dedikasi pasukan polis menjaga ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak rombongan dibawa Unit Cawangan Khas ke seluruh kawasan balai sebagai penghargaan kepada keprihatinan pihak PAS. – HARAKAHDAILY 27/3/2018

- Advertisement -