Ahli akademik berpemikiran rosak musnahkan negara

- Advertisement -

SAYA pernah menonton satu program forum di TV membincangkan isu mahasiswa agak lama dulu. Panelnya Dato’ Saifuddin Abdullah yang ketika itu ahli Parlimen Temerloh bersama seorang bekas Naib Canselor (VC) yang baru bersara selepas tak disambung kontrak.

- Advertisement -

Bila bekas VC tersebut jawab satu soalan berkaitan isu mahasiswa, respon Dato’ Saifuddin, “Saya bersyukur kerana Tan Sri tak disambung kontrak sebagai VC UiTM.” Maknanya kalau disambung, maka makin rosak mahasiswa dengan pemikiran seorang VC seperti beliau. Insiden ini berlaku ketika mereka masih sama-sama Umno.

Bekas VC ini sekarang seorang Senator. Dialah yang kata Malaysia akan hancur dalam masa dua tahun sekiranya diperintah oleh pembangkang.

Respon saya mudah saja. Tak ada pembangkang yang akan memerintah kerajaan. Yang memerintah ialah parti kerajaan. Kalau pembangkang memerintah memang akan jadi haru biru. Lepas PRU 14, parti bekas VC bermisai lebat ini mungkin dah jadi parti pembangkang. PAS yang menerajui Gagasan pula akan memerintah dengan izin Allah.

Kesian, walau lama duduk di menara gading, dia masih tak boleh nak beza antara parti pemerintah dan parti pembangkang. Atau dia fikir Umno akan kekal jadi parti pemerintah sampai kiamat.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 27/3/2018

- Advertisement -