PAS Setiawangsa anjur Bengkel Rekaan Grafik

- Advertisement -

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa dengan kerjasama NGO Prihatin Ummah Sejagat  telah menganjurkan Bengkel Rekaan Grafik‘Adobe Photoshop’ di Dewan KAFA Al- Ansar, Taman Seri Rampai, di sini semalam.

- Advertisement -

Bengkel ini mendedahkan para peserta mengenai kemahiran menyunting gambar, membuat poster dan rekaan grafik yang menarik untuk pelbagai keperluan.

Bengkel ini dijalankan secara kaedah ‘coaching’ dengan dibantu oleh beberapa fasilitator diketuai Muhammad Syafiq Kamil, agar peserta dapat menguasai kemahiran tersebut dengan sempurna.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Setiawangsa, Dr Zuraini Hashim, program ini merupakan usaha pihaknya mengumpul dana PRU 14 yang memerlukan kos besar.

Beliau yang juga merasmikan program bengkel tersebut mengingatkan peserta kepentingan menuntut ilmu kerana ianya merupakan syarat menjadi khalifah Allah S.W.T.

“Apabila Adam A.S belajar ilmu dan mengajar ilmu kepada para Malaikat sebagaimana perintah Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah, maka Allah S.W.T berbangga dan ini jelas menunjukkan kelayakkan manusia sebagai khalifah Allah.

“Oleh itu, tanggungjawab kita adalah untuk mencari ilmu yang bermanfaat dan menyebarkan kebaikan kepada ummah,” ujar beliau.

PAS Setiawangsa yang akan bertanding pada PRU 14 melihat peluang kemenangan cerah berikutan sambutan masyarakat kepada perjuangan Islam, sedang prestasi Umno semakin merosot dengan isu penyelewengan dan kos sara hidup tinggi.

Oleh yang demikian gerak kerja pilihan raya perlu dipertingkatkan dan ini memerlukan dana yang cukup di mana umbangan amat dialukan kepada PAS Setiawangsa menerusi akaun BIMB 1211 3010 0644 53. – HARAKAHDAILY 25/3/2018

- Advertisement -