Pemuda PAS, Imam Care sumbang kerusi roda

- Advertisement -
MARANG: Penyelaras Pemuda PAS Dun Rhu Rendang bersama NGO Iman Care telah menyumbangkan kerusi roda kepada warga emas, Abdul Aziz Embon, 65.
 
Beliau yang kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis menerima sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
 
Serahan itu disampaikan sendiri rombongan Pemuda PAS dan Iman Care di kediaman Abdul Aziz di Kampung Kelulut, di sini semalam.
 
“Pok Aziz rasa sangat terharu dan gembira yang amat sangat kerana anak-anak Pemuda (PAS) datang ziarah bawa bersama kerusi roda, Alhamdulillah.
 
“Rasa syukur ini kerana lama doh Pok Aziz nok kerusi roda ini tapi tak ada rezeki lagi masa itu,” ujarnya dengan rasa terharu.
 
Selain itu, Pok Aziz juga masih mempunyai seorang anak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berusia 11 tahun.
 
Hadir sama Ketua Penyelaras Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Mohamad Aswadi Mohamad serta Jawatankuasa PAS Cawangan Kelulut. -HARAKAHDAILY 23/3/2018
- Advertisement -