KSG fokus aspek ketahanan fizikal mental guru

- Advertisement -
PADANG BESAR: Pengurusan diri dan semangat berpasukan menjadi aspek paling penting dalam organisasi PASTI pada masa kini.
 
Sehubungan itu, disamping keseragaman proses pengajaran dan pembelajaran, ketahanan mental dan fizikal Guru PASTI turut diberi perhatian.
 
Bagi mencapai tujuan tersebut, PASTI telah menganjurkan Kem Sahsiah Guru (KSG) bagi membina keupayaan pada aspek tersebut.
 
Program kendalian PASTI Negeri Perlis itu telah diadakan di Kem Motivasi dan Rekreasi Wanza Indah Perlis, Beseri di sini sejak 18 Mac lalu dan berakhir kelmarin.
 
Pelbagai bentuk latihan didedahkan kepada para peserta antaranya disiplin kawad, treasure hunt, ikhtiar hidup dan pertolongan cemas, night walk, aktiviti air  dan pengurusan acara serta qiyamullail.
 
Menurut Pengarah PASTI Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abdul Jalil, kem seperti itu diwajibkan kepada semua guru pelatih Sijil Perguruan PASTI sebagai syarat kelayakan. -HARAKAHDAILY 22/3/2018
- Advertisement -