Entiti PAS santuni masyarakat Titiwangsa

- Advertisement -
TITIWANGSA: Ameerah Kawasan Titiwangsa telah mengadakan edaran risalah dan pemberian cenderamata di tapak Pasar Malam Taman Maluri, di sini kelmarin.
 
Program tersebut bertujuan mendekati masyarakat dan meluaskan penerangan semasa selain turut membuka Kaunter Semakan Daftar Pemilih untuk urusan berkaitan.
 
Hadir sama memeriahkan program adalah Yang DiPertua PAS Titiwangsa, Khairul Anuar Manaf dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Titiwangsa, Muslimat PAS Titiwangsa serta wakil-wakil Guru PASTI.
 
Jabatan Amal Malaysia Titiwangsa, Ustaz Hanif Syakir Yusoop turut sama mengiring dan mengadakan kawalan keselamatan selain menyantuni para pengunjung.
 
Reaksi positif ditunjukkan masyarakat setempat yang juga menyatakan sokongan untuk PAS bertanding di Parlimen tersebut pada PRU14 ini nanti. -HARAKAHDAILY 22/3/2018
- Advertisement -