Ziarah Muslimat bantu penduduk Sg Acheh

NIBONG TEBAL: Muslimat PAS Cawangan Sungai Acheh telah mengadakan ziarah menjengah kebajikan penduduk khususnya di Sungai Acheh, di sini semalam.
 
Kunjungan yang merupakan aktiviti berkala itu telah dipimpin sendiri Ketua Cawangan Sungai Acheh, Musalmah Yusop termasuk di perkampungan PPRT Sungai Chenaam.
 
Antara diziarahi adalah seorang nenek, Sabariah Din yang mempunyai cucu Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 13 tahun.
 
Memandangkan kehidupannya juga bergantung dengan anak menantu yang tinggal bersamanya, pihak PAS telah menyerahkan sumbangan keperluan dapur dan zakat.
 
Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban penerima dan menurut Musalmah ianya dilaksanakan PAS pada setiap waktu di mana tidak terhad di musim pilihan raya. -HARAKAHDAILY 21/3/2018