PPR dijanji tiada, rumah dibina pula terbakar

- Advertisement -
BATU SAPI: PAS Kawasan Batu Sapi telah menghulurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran di Kampunh Sing Kee Darat, di sini kelmarin.
 
Sumbangan bagi keperluan mangsa juga diserahkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid ke Penempatan Sementara di Sekolah Kebangsaan Bandar.
 
Menurut beliau, PAS telah menggerakkan jenteranya melibatkan Khidmat Malaysia, Jabatan Amal dan lain-lain bagi melaksanakan urusan tersebut.
 
Dalam aduan penduduk kepada Sahar, mereka meluahkan keluhan kerana belum mendapat PPR yang dijanjikan setelah dipindahkan ke situ dari Sungai Sungut, Beluran.
 
Akui mereka, perpindahan itu bagi tujuan mengundi dalam Parlimen Batu Sapi, namun janji tidak tertunai itu menyebabkan mereka akhirnya menetap di Kampung Sing Kee Darat.
 
Dalam kejadian awal pagi Isnin itu, lebih 20 rumah musnah menyebabkan lebih 90 mangsa hilang tempat tinggal dan kini hidup sehelai sepinggang.
 
Orang ramai dirayu untuk turut serta membantu dengan menghulurkan sumbangan ke akaun BIMB 1004 3010 0202 12 atas nama PAS Kawasan Batu Sapi dan maklumkan kepada Ramlan Pandi 014-280 5426. -HARAKAHDAILY 21/3/2018
- Advertisement -