Muslimat Jempol adakan ziarah kasih asnaf

- Advertisement -

JEMPOL: PAS Kawasan Jempol bersama PAS Cawangan Jeram Padang telah mengadakan kunjungan ziarah kasih kepada keluarga asnaf di Palong 2, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Lawatan tersebut sebagai menunaikan tanggungjawab dan perhatian kepada golongan tersebut disamping menyampaikan sumbangan dalam meringankan beban mereka.

Ziarah siri ini dijalankan oleh Ketua Muslimat PAS Jempol, Bibah Tumin dan Ahli Jawatankuasanya, Noridah Sharif disamping beberapa petugas Muslimat lainnya.

Menerusi lawatan tersebut juga, anggota Muslimat menyiapkan maklumat data berkaitan pengundi di lokaliti dikunjungi tersebut bagi memenuhi tugasan berkaitan pilihan raya.

Mereka juga menggerakkan peranan penerangan menerusi edaran risalah khas dan sekali gus mendekati pengundi dalam Dun Jeram Padang itu.

Ziarah melibatkan Taman Bahau, Taman Desa Puteri dan Taman Kasih Putra itu turut disertai sama Ketua PAS Cawangan Jeram Padang, Ustaz Mohd Fairuz Md Isa. – HARAKAHDAILY 20/3/2018

- Advertisement -