Aktiviti JAM bersih kubur erat kerjasama masyarakat

- Advertisement -
PASIR GUDANG: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan gotong-royong pembersihan Tanah Perkuburan Islam Masai, di sini kelmarin.
 
Program itu diketuai Komandan Amal Pasir Gudang, Mohd Akmal Rosli dan penjaga tanah kubur tersebut bersama dengan para penduduk setempat.
 
Mereka telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan melibatkan memotongan dan tebangan batang pokok tumbang atau yang telah mati dalam kawasan itu.
 
Menurut Mohd Akmal, usaha demikian akan diperluaskan sebagai aktiviti atau rutin bulanan yang dilaksanakan di tanah kuburan berbeza di Pasir Gudang.
 
Khidmat bakti oleh Jabatan Amal itu dilihat satu suntikan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat yang turut dihadiri Timbalan  Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah. -HARAKAHDAILY 20/3/2018
- Advertisement -