Green4U jelajah seluruh Parlimen Hulu Langat

- Advertisement -
HULU LANGAT: Program Green4U Selangor Sejahtera peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat telah berlangsung dengan jayanya di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen itu yang diadakan kelmarin dan semalam.
 
Menerusi program itu, telah dijalankan Ziarah Kebajikan melibatkan kunjungan kepada golongan memerlukan dengan sumbangan barang keperluan yang disertai sama Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan Adun Dusun Tua, Razaly Hassan.
 
Turut berlangsung dengan meriah adalah pertandingan sepak penalti, cuci motor percuma dan edaran kupon petrol percuma di Taman Jenaris, Kajang.
 
Manakala Jabatan Amal Malaysia mengembleng tenaga mengadakan gotong-royong membaiki bumbung rumah di Kampung Batu 17 Dusun Tua.
 
Termasuk dalam aturcara program adalah majlis munajat dan kuliah Maghrib khas dipimpin Ketua Urusan Ulamak Hulu Langat, Ustaz Asri Lateh dan Imam Fazly Mohd Yatim di Surau Kampung Bukit Raya.
 
Kemuncak program diadakan Sembang Santai Teh Tarik for Malaysia melibatkan panelis Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Selangor, Rusli Jusoh dan Pendakwah Muda, PU Amin dan Pengarah JPro Selangor, Zurk Ahmad. -HARAKAHDAILY 19/3/2018
- Advertisement -