Manifesto GAGASAN alternatif terbaik rakyat

- Advertisement -
MANIFESTO GAGASAN Peringkat Pertama dengan Sembilan Teras utama memperlihatkan keseriusan Gagasan untuk menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat.
 
Walaupun menyedari bahawa tugas ini adalah berat tetapi kepimpinan Gagasan menampilkan daya tahan yang tinggi untuk terus komited. 
 
Jika dikurniakan kemenangan, tentu sekali Gagasan tak akan jadi parti balas dendam. Yang baik dikekalkan manakala yang tak baik dihapuskan disamping penawaran baru yang ditawarkan kepada rakyat untuk membentuk Malaysia yang lebih sejahtera.
 
Penawaran teras utama yang merangkumi usaha pembentukan kerajaan yang berintegriti dan beramanah serta bebas dari korupsi adalah ubat mujarab untuk mengubat barah merbahaya yang sedang melanda tanahair tercinta. 
 
Tak terkecuali aspek kebajikan diambil kira dari segi pertambahan pendapatan dan penjanaan peluang baru kepada rakyat.
 
Penurunan kos sara hidup antara aspek penting yang pastinya tak ketinggalan dari perhatian manifesto Gagasan. 
 
Malaysia adalah hak kita bersama. Kita bersama berhak menikmati kemakmuran dan kesejahteraan di bumi bertuah ini. 
 
BN telah diberi peluang yang sangat lama. PH hanyalah barang kitar semula. Maka alternatifnya ialah Gagasan!
 
DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/3/2018
- Advertisement -