Lima MAT Kawasan Sabah dirasmi serentak

- Advertisement -
SANDAKAN: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyempurnakan perasmian serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi lima PAS Kawasan Negeri Sabah, semalam.
 
Majlis melibatkan PAS Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Batu Sapi dan Libaran termasuk Dewan Pemuda, Muslimat dan Urusan Ulamak itu telah diadakan di Hotel Amanson Signature, di sini.
 
Selain Tuan Ibrahim, ucapan wakil bagi lima PAS Kawasan tersebut telah diwakili Yang DiPertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sabah.
 
Beliau menyifatkan perkembangan PAS di Sabah semakin maju di mana dahulunya hanya dikenal melalui logo PASTI, kini menderap gagah di seluruh negeri Di Bawah Bayu melebihi usia 30 tahun.
 
Majlis julung kali itu juga telah menyampaikan Anugerah Ikon Muslimat Istiqamah kepada Ketua Muslimat PAS Sandakan, Nurfaezah Junaidi atas sumbangan beliau kepada PAS sejak dibangku persekolahan.
 
Anugerah Aktivis Anak Muda pula diberikan kepada Pengerusi Suara Anak Muda Batu Sapi, Al-Hazlan Al-Sarip, manakala Anugerah Pendaftaran Murid PASTI Teramai dirangkul PASTI Solahuddin Al-Ayubi. -HARAKAHDAILY 18/3/2018
- Advertisement -