Lim Kit Siang yang samseng

- Advertisement -
KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang, pasti tahu betapa bermasalahnya Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dengan “Malaysian Malaysia” yang menjadi teras perjuangan DAP. Di dalam tulisan di blog beliau pada 14 September 2010 umpamanya, Tun Dr Mahathir pernah menulis:
 
1.     “Slogan (yang digunakan oleh PAP) adalah “Malaysian Malaysia” yang membawa makna bahawa orang-orang Cina tidak mempunyai hak-hak yang sama dengan orang-orang Melayu.” (“The slogan (used by the PAP) was “Malaysian Malaysia” which implied that the Chinese were not having equal rights with the Malays.”)
 
2.     “Jika rayuan kepada sentimen orang-orang Cina terhadap orang-orang Melayu adalah bukan perkauman, saya tidak tahu apa itu perkauman.” (“If this appeal to Chinese sentiments against the Malays was not racial, I do not know what is racial.”)
 
3.     “Walau setelah DAP pergi, slogan perang “Malaysian Malaysia” dikutip oleh DAP, anak butir PAP.” (“Even after the PAP left, the “Malaysian Malaysia” war-cry was picked up by the DAP, an offspring of the PAP.”)
 
4.     “Hingga hari ini slogan perkauman “Malaysian Malaysia” adalah slogan perang DAP.” (“Till today the racist slogan “Malaysian Malaysia” is the war-cry of the DAP.”)
 
Tiba-tiba sahaja, tatkala Tun Dr Mahathir kini telah menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan sedang berusaha keras untuk cuba melenyapkan persepsi umum bahawa DAP adalah sebuah parti perkauman, Lim Kit Siang, sewaktu berucap membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas, pada 15 Mac lalu, terus sahaja sekali lagi menegaskan pegangan teguh DAP kepada “Malaysian Malaysia”.
 
Ucap Lim Kit Siang: “Akhirnya, mustahak untuk saya kemukakan tiga ciri perjuangan politik saya dalam 52 tahun ini. Pertama, bahawa ini kerana impian Malaysia untuk mewujudkan satu negara untuk semua rakyat Malaysia. Kedua, bahawa DAP berjuang untuk semua rakyat, tidak mengira kaum. Ketiga, mereka yang sokong DAP bukan sokong Chinese Malaysia atau Indian Malaysia, tapi mahu menyokong satu “Malaysian  Malaysia”. Itu ketiga-tiga ciri.”
 
Kepada generasi baru Malaysia, perlu difahami bahawa “Malaysian Malaysia” seperti yang tercatat kemas di dalam Deklarasi yang dikemukakan di dalam the Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965 adalah membawa makna “negara dan negeri tidak diidentifikasikan dengan ketuanan, kesejahteraan dan kepentingan mana-mana masyarakat atau kaum tertentu.” (“the nation and the state is not identified with the supremacy, well-being and the interests of any one particular community or race.”)
 
Di dalam bentuk mutakhirnya, “Malaysian Malaysia” boleh dilihat melalui kenyataan terbuka Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang bercakap mengenai Perlembagaan Persekutuan “mendiskriminasi rakyat Malaysia kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, yang secara efektifnya membahagikan rakyat Malaysia kepada warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua” (“discriminat(ing) Malaysians into bumis and non-bumis, which effectively divided Malaysians into first and second-class citizens”.)
 
Di dalam bentuk mutakhirnya, “Malaysian Malaysia” ini juga boleh dilihat melalui kenyataan terbuka Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, yang bercakap mengenai keperluan untuk “mengkaji semula dasar “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera” serta menghapuskan perbezaan di antara kaum-kaum di Malaysia (“review the “Bumiputra” and “non-Bumiputra” policy and abolish the distinction between races in Malaysia”).
 
Bila Lim Kit Siang tahu betapa bermasalahnya Tun Dr Mahathir sebelum ini dengan “Malaysian Malaysia”, dan bila Lim Kit Siang tahu betapa bersungguhnya Tun Dr Mahathir sekarang untuk cuba melenyapkan persepsi umum bahawa DAP adalah sebuah parti perkauman, tetapi Lim Kit Siang tetap juga menegaskan pegangan teguh DAP kepada “Malaysian Malaysia” yang pernah Tun Dr Mahathir sifatkan sebagai slogan perkauman, maka nyatalah Lim Kit Siang adalah seorang samseng yang tidak menghiraukan orang lain.
 
Begitu juga, Lim Kit Siang pasti tahu betapa, mengikut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara dan kebanyakan ketua institusi negara adalah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, sama ada atas nasihat Perdana Menteri ataupun tidak.
 
Bagaimanapun, di dalam kenyataan di blog beliau semalam, 17 Mac, Lim Kit Siang tetap juga menegaskan bahawa “kita (PH) akan melantik seorang Peguam Negara dan ketua-ketua institusi-institusi negara…” (“we will appoint an Attorney-General and heads of national institutions...”), tanpa sebarang rujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, maka nyatalah Lim Kit Siang adalah seorang samseng yang tidak menghiraukan orang lain.
 
Begitulah juga dengan kenyataan di blog beliau semalam yang menyatakan “marilah semua parti di dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR, PAN dan Bersatu – bekerja kuat dan berganding bahu untuk mencipta sejarah di Johor dan Malaysia” (“let all parties in Pakatan Harapan – DAP, PKR, PAN and Bersatu – work hard and in unison to create history in Johor and Malaysia”) yang meletakkan DAP sebagai ketua tidak rasmi PH. Inilah dia Lim Kit Siang, tokoh di belakang tabir PH. – HARAKAHDAILY 18/3/2018
- Advertisement -