Ameerah Besut ‘rukah’ Bukit Keluang

- Advertisement -

BESUT: Muslimat Muda (Ameerah) Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut telah menganjurkan program ‘Rukah Bukit Keluwe’ yang diadakan di Bukit Keluang, di sini hari ini.

- Advertisement -

Program pendakian bukit rekreasi itu bertujuan memperkenalkan Ameerah Besut kepada golongan remaja dan menerap nilai kerjasama antara peserta.

Selain itu, ia juga mendedahkan peserta kepada soal ketahanan diri serta daya usaha dan pengorbanan sebagai kesedaran untuk menggapai kejayaan menerusi aktiviti lasak.

Tidak sekadar itu, turut dilangsungkan aktiviti bermodul, cabutan bertuah, sambutan kelahiran dan BBQ, serta pengisian rohaninoleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Besut, Ustazah Siti Hadijah Harun.

Beliau dalam tazkirahnya menyeru agar peserta menjadi wanita berilmu yang menyampaikan pula kepada manusia lain serta menjaga maruah diri bermula dengan malu dan menutup sempurna aurat.

Ustazah Hadijah juga mengingatkan para peserta seramai 54 anak muda itu, termasuk anggota Ameerah dan Briged Muslimat Besut dan Setiu agar menjaga tutur kata yang menjadi penilaian umum manusia.

Hadir sama membantu menjayakan program tersebut adalah anggota Jabatan Amal Malaysia Besut dan Kuala Nerus.-HARAKAHDAILY 16/3/2018


- Advertisement -