Tawaran gula-gula PRU 14 BN kepada rakyat Perlis

- Advertisement -

SELURUH rakyat Perlis mengetahui wajah sebenar BN yang suka menabur janji. Pengalaman yang lepas menunjukkan janji yang disebut sebelum ini masih di awang-awangan.

- Advertisement -

Isu Hospital Padang Besar menjadi saksi “gula-gula” pilihan raya yang ditaburkan kepada rakyat Perlis. Bermula tahun 2009 sehingga kini Hospital Padang Besar tidak kelihatan tanda-tanda pembinaan.

Isu Sekolah Sukan Bukit Chabang juga menjadi tanda tanya, projek sekolah sukan yang bernilai RM140 juta sudah sekian lama terbengkalai dan baru-baru ini dijangka akan siap pada tahun 2020 pula. Jangan dibiarkan projek ini tergantung lagi sehingga PRU 15.

Kini, sempena lawatan Presiden BN, Dato Seri Najib Tun Razak ke Perlis. Janji baru ditaburkan menjelang PRU 14. Dewan Pemuda PAS Perlis menggesa BN supaya hentikan janji-janji seperti ini dan selesaikan isu Hospital Padang Besar dan Sekolah Sukan Bukit Chabang. Dewan Pemuda PAS Perlis yakin bahawa rakyat Perlis bijak dan mengetahui di antara janji manis Pilihanraya dan keikhlasan BN membantu rakyat.

Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita

USTAZ MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
26 Jamadil Akhir 1439H / 14 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 15/3/2018

- Advertisement -