SPM: 17 sekolah Yik lulus 100 peratus

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak 17 sekolah bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencatat keputusan 100 peratus dalam peperiksaan SPM yang diumum hari ini.

- Advertisement -

Seramai 137 pelajar memperolehi 9A hingga 12A dan daripada jumlah tersebut seramai 36 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Muhammad Awang berkata, peratus kelulusan penuh SPM 2017 ialah 93.80 peratus berbanding 91.81 tahun sebelumnya.

“Ini bermakna berlaku peningkatan sebanyak 1.99 peratus,” ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut di Pejabat Yik, di Nilam Puri hari ini.

Pelajar cemerlang Yik dalam peperiksaan tersebut yang mendapat 12A iaitu Amiruk shazwan Mohd Zul dari Maahad Amir Indera Petra 2 dan Aqilah Hadhirah Hazizi dari Maahad Muhammadi Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 15/3/2018

- Advertisement -