Seruan Munajat Perdana PAS Selangor

munajat1
- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) sangat meyakini bahawa doa dan munajat yang lebih kerap dan padu perlu diperhebatkan lagi menjelang hampir pilihan raya.

- Advertisement -

Demikian dinyatakan ketuanya, Ustaz Rizuan Rahmat dalam satu kenyataan, sebagamana di bawah.

munajat1ALLAH S.W.T telah mendidik para pejuang agamaNya agar sentiasa mengikat diri dan berpaut teguh denganNya apabila berjuang. Persiapan-persiapan iman, fizikal, material dan kemahiran diri perlu digembleng bersama demi sebuah kejayaan yang diredhaiNya. Firman Allah S.W.T:

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

 (al-Anfal: 45)

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) sangat meyakini bahawa doa dan munajat yang lebih kerap dan padu perlu diperhebatkan lagi menjelang hampir pilihan raya.

Justeru, DUPNS menyeru kepada semua ahli PAS agar dapat menghadirkan diri di dalam Program Munajat Perdana PAS Selangor pada 17 Mac 2018, Sabtu pukul 6.30 petang bertempat Stadium JKR, Seksyen 17, Shah Alam demi menjana kekuatan ahli-ahli dan jemaah.

Semoga usaha kecil kita yang bersungguh-sungguh ini mampu memperkukuhkan jentera pilihan raya PAS Selangor dengan iringan restu dan keberkatan dari Allah S.W.T.

“Sejahtera Bersama Islam”

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
27 Jamadilakhir 1439/15 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 15/3/2018

- Advertisement -