Presiden PAS jawab fitnah Muhyiddin

- Advertisement -

KONSEP zakat

- Advertisement -

Saya mulakan jawapan dengan firman Allah Taala:

…وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ …(٣)

“…Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menunjukkan kepadanya jalan penyelesaian (2) Dikurniakan rezeki yang tidak terhingga…(3)”

(at-Talaq: 2-3)

Islam adalah ad-Din, ajaran yang sempurna. Bukan sahaja bercirikan agama, semua perkara yang positif yang ada dalam agama, ada dalam Islam. Perkara yang negatif yang ada dalam agama yang lain, ditolak oleh Islam. Semua perkara yang positif yang ada dalam idealogi dan teori ciptaan manusia ada dalam Islam. Semua kelemahan-kelemahan dan negatif dalam idealogi ditolak oleh Islam.

Dalam aspek percukaian, Allah S.W.T bukan sahaja menciptakan manusia. Dalam masa yang sama dikurniakan rezeki yang sudah mencukupi. Sama ada melibatkan perbelanjaan individu, keluarga, termasuk melibatkan kerajaan. Dengan hasil bumi yang cukup, tenaga manusia yang cukup. Sekiranya berlaku kelemahan dan kekurangan, kepincangan, menunjukkan kesilapan manusia sendiri.

Dalam aspek percukaian, Islam memperkenalkan konsep zakat, cukai yang bersifat ibadat, yang berkonsepkan:

تؤخذ من اغنيائهم، وترَدُّ إلى فقرائهم

“Diambil daripada mereka yang berada, diagihkan kepada mereka yang tidak berada.”

Konsep zakat dalam Islam menetapkan mereka yang punya nisab, yang punya harta yang mencukupi, lebihan daripada perbelanjaan diri, keluarga yang sangat perlu. Maka dikenakan zakat yang bersifat cukai secara ibadat.

Salah satu sumber daripada negara Islam di zaman awal. Apabila negara Islam sudah meluas melibatkan menjadi kuasa besar dunia, sehingga menguasai tiga benua besar dalam dunia, Benua Asia, Benua Afrika dan sebahagian Eropah.

Islam boleh mentadbir negara, dengan memperkenalkan cukai kepada orang yang bukan Islam dan juga kepada orang Islam dalam keadaan darurat. Di sana ada cukai darurat, bila negara menghadapi ketegangan ekonomi. Maka dikenakan cukai darurat.

Kepada saya GST yang melibatkan sebahagian besar rakyat tanpa mengira pendapatan mereka adalah cukai darurat. Adakah kita berada dalam keadaan darurat? Ekonomi kita darurat? Perlu dikaji.

Kita melihat bahawa apabila kerajaan berkonsepkan perdagangan, kerajaan berniaga. Start tahun 80-an, kononnya untuk mendapat hasil yang banyak, melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, berlumba dengan rakyat.

Sepatutnya mungkin duit makin banyak. Apa yang berlaku ialah ketirisan. Ketirisan daripada sumber negara, bila kerajaan dan konco-konconya, kroni-kroninya diberi peluang oleh kalangan tertentu yang tidak boleh membebaskan aspek kepentingan peribadi yang tidak dikawal lagi. Menyebabkan kekayaan negara dikumpul oleh kalangan hartawan yang tertentu sahaja, tidak banyak turun kepada rakyat.

Bahkan pendapat kerajaan juga berkurangan. Di sana banyak billionaire-billionaire, billionaire, trillionaire dalam negara kita. Tetapi kerajaan tak cukup. Ini menandakan satu pendekatan yang salah.

Apa yang penting ialah kerajaan mesti mengurus hasil tanpa cukai, hasil-hasil bumi dalam negara kita. Kemudian pergi kepada hasil cukai ibadat, zakat, dan cukai-cukai yang lain dengan konsep dikenakan kepada mereka yang berada tidak menyusahkan rakyat.

GST mungkin darurat. Yang pertama kerajaan tak cukup duit. Yang kedua ialah darurat kerana mengejar mereka yang tak bayar cukai. Ini pendekatan GST.

Pendekatan itu boleh ditangani dengan penyelesaian lain. PAS ingin memperkenalkan konsep Islam yang dilupakan. Kerana dunia hari ini hanyalah mengenali konsep ekonomi Timur, Komunis dan Sosialis, Barat Liberal Kapitalisma. Kita menyaksikan bagaimana negara yang besar menghadapi kemelesetan ekonomi, mengalami masalah pengangguran. Menghadapi pengagihan tidak adil dalam sumber negara. Menghadapi kebocoran yang dilakukan oleh kerajaan yang menang melalui pilihan raya.

Kerana belanja banyak guna untuk pilihan raya, bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Ini berlaku di Amerika, berlaku di negara Eropah yang sedang menghadapi masalah ekonomi. Komunis hancur, kita lihat kehancurannya di abad yang lalu.

Oleh kerana itu telah tiba masanya kita kembali kepada Islam yang merangkumi naluri yang ada dalam diri manusia, bukan sahaja kepentingan individu, termasuk kepentingan masyarakat. Bukan sahaja menegakkan negara kebajikan, termasuk negara berkebajikan yang berkonsepkan kebajikan yang lebih luas. Bukan sahaja dalam aspek wawasan dunia, termasuk wawasan dunia sehingga hari akhirat.

Mengemukakan penyelesaian

Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini. Yang memerintah negara sejak tahun 80-an. Merekalah yang mewujudkan masalah.

Bahkan kepada saya Umno yang memikul masalah ini masalah dibuat oleh mereka ini dulu. Dengan sebab itu PAS memperkenalkan konsep ta’awun, bertolong-menolong dalam perkara baik dan tak tolong-menolong dalam perkara kemungkaran.

PAS mengemukakan penyelesaian kepada kerajaan. Bukan kita tamak kuasa, bahkan kita terbuka sekiranya kerajaan menerima pandangan-pandangan kita. Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan. Kalau kita tak jadi kerajaan, kita menjadi penasihat kepada kerajaan supaya membuat pembetulan daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan pada hari ini.

Selesai secara berasingan

GST alat penyelesaian sementara waktu. Telah menangani mereka yang melarikan diri daripada cukai yang banyak wujud dalam masyarakat. Tetapi malangnya, tidak boleh menghalang berlakunya inflasi, kenaikan harga barangan yang tidak terkawal, dia menyusahkan kehidupan rakyat.

Dengan sebab itu kerajaan perlu menyelesaikan secara berasingan. Penekanan untuk mengejar mereka yang tak bayar cukai ini bukan melalui pendekatan GST. Boleh melalui pendekatan-pendekatan yang lain, tindakan yang lebih berkesan.

Dalam Islam tindakan yang ada dosa dan pahala. Dosa dan pahala ini tak ada dalam ekonomi Barat. Kalau mereka faham dosa dan pahala ini, mereka tak larikan cukai, mereka tunaikan tanggungjawab.

… di sana tanggungjawab masyarakat, dilaksanakan oleh mereka yang berada, bukan sahaja oleh kerajaan. Ini mengurangkan kos kerajaan. Kita menyaksikan bagaimana di zaman orang kuat berpegang dengan agama, nak buat masjid, orang berlumba-lumba untuk sumbangan derma, untuk buat masjid.

Bahkan mewakafkan bangunan, mewakafkan tanah adalah semua untuk kebajikan masyarakat. Ini mengurangkan kos kerajaan. Tetapi bila kerajaan mengambil alih dalam kegiatan rakyat, semua dibelanjakan oleh kerajaan. Maka penglibatan rakyat dalam kebajikan dikurang, dan tidak lagi. Ini menyebabkan kerajaan menanggung kos.

Mungkin GST untuk mengejar mereka yang tak bayar cukai. Tetapi bukan dengan cara GST. Ada cara lain, kita ada pendekatan kita. Dalam masa yang sama, GST tidak boleh menghalang daripada berlakunya inflasi. Bila ada barangan yang dicukaikan melibatkan pendapat hak rakyat, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Walaupun kerajaan dikatakan membebaskan GST daripada beberapa kalangan. Tetapi berkait dengan transport, berkait dengan kemudahan asas yang berkait untuk hasil itu, kena GST juga. Ini menyebabkan peniaga-peniaga terpaksa menaikkan harga, menaikkan harga untuk ganti daripada bayaran GST ini. Maka tak boleh nak halang berlakunya inflasi.

Dalam hal ini, kita ada penyelesaian kita sendiri, yang lain daripada GST. Quran pernah menunjukkan bagaimana pemerintahan Islam yang adil zaman Zulkarnain, bila penduduk negeri nak bayar cukai kepada Zulkarnain kerana pertahanan daerahnya oleh kaum Yakjuj wa Makjuj. Zulkarnain menjawab, pendapatan yang ada pada saya sudah cukup, tak perlu ambil cukai.

Ini satu pendekatan yang ditunjuk oleh al-Quranul Karim. Di sana ada penyelesaian lain. Begitulah Nabi Sulaiman A.S yang pernah memerintah dunia, tidak membebankan rakyat kerana dapat mengurus hasil negara dengan baik. Sama ada hasil yang tidak cukai dan termasuklah zakat, dan cukai yang diambil daripada mereka yang berada.

(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHARHARAKAHDAILY 16/3/2018

- Advertisement -