Blockade: 100 penduduk Orang Asli hilang pendapatan

- Advertisement -

GUA MUSANG: Ekoran sekatan laluan lori balak berhampiran Pos Tohoi menyebabkan lebih 100 pekerja ladang di kawasan berhampiran hilang punca pendapatan. 

- Advertisement -

Mereka sekarang berdepan dengan kesukaran membeli keperluan harian kerana sudah lama tidak dapat keluar bekerja.

Penghulu masyarakat Orang Asli Dun Galas, Jumak berkata, untuk sampai ke ladang tersebut pekerja terpaksa melalui sekatan yang dibina sekumpulan masyarakat Orang Asli.

Katanya, penduduk Orang Asli yang bekerja di ladang tersebut tinggal di beberapa penempatan termasuk Pasik, Simpul, Jerak dan Kuala Betis.

“Mereka hampir sebulan tidak dapat keluar bekerja kerana tidak dpat melepasi sekatan laluan yang dibina sekumpulan penduduk Orang Asli.

“Orang ramai yang mahu melalui sekatan itu terpaksa menulis nama, nombor kad pengenalan dan dari mana,” katanya di sini.

Mulai pertengahan bulan lepas masyarakat Orang Asli terbabit yang dipercayai didalangi Jaringan mendirikan sekatan laluan di Chawas, Tohoi dan Kuala Wok.

Ketika tinjauan semalam didapati terdapat kira-kira 50 belia Orang Asli berada di sekatan laluan lori balak. – HARAKAHDAILY 15/3/2018

( Ikuti kupasan lanjut beliau yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2332 edisi Isnin nanti

- Advertisement -