JAM Tasek Gelugor gigih beri khidmat bakti

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tasek Gelugor telah mengadakan program membantu masjid dan penduduk di dua lokasi berasingan dalam kawasan itu, kelmarin.

- Advertisement -

Aktiviti turun padang itu susulan bantuan pasca banjir yang dialami penduduk sebelum ini, selain sumbangan papan tanda doa ziarah kubur kepada Masjid Marbawi, Kampung Kudung, Dun Sungai Dua.

Sumbangan itu diserahkan Komandan Amal Tasek Gelugor, Mohd Nazrul Ali dan diterima Pengerusi Masjid Marbawi, Syed Mahador Syed Hashim.

Manakala satu lagi pasukan Amal memberi khidmat membaiki dan mengganti bumbung rosak rumah penduduk yang uzur dan kurang kemampuan di Kampung Permatang Kerai Kecil dalam Dun Permatang Berangan.

Hadir sama meninjau dan membantu inisiatif itu adalah Yang Dipertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man dan Zahadi Mohamad. – HARAKAHDAILY 13/3/2018

- Advertisement -