Green4U Pemuda S’gor gamit anak muda

- Advertisement -

SELEPAS seminggu melancarkan Jelajah Green4U Selangor Sejahtera, tiga kawasan Parlimen telah melaksanakannya. Iaitu kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Pandan. Ianya akan terus dilaksanakan oleh Pemuda PAS di 22 kawasan Parlimen seluruh Selangor.

- Advertisement -

Green4U menjadi platform anak-anak muda Selangor mendekati PAS. Selain melalui program-program yang kena dengan “jiwa” dan minat anak muda, ada sebahagian besarnya menjadikan Green4U untuk terus istiqamah bersama PAS. Mereka mengisi borang dan menyerahkan borang PAS kepada pimpinan sebagai isyarat anak muda bersama PAS.

Terbaru di kawasan Hulu Selangor apabila sebilangan pimpinan dan ahli pemuda parti lawan menyerahkan borang untuk bersama perjuangan PAS. Antara mereka adalah:

I.     Mohd Faisal Abu Bakar – mantan Exco AMK Selangor / Ketua AMK Cabang Hulu Selangor

II.     Mohd Rusli Saat – mantan AJK AMK Hulu Selangor

III.     Kamalrudin B Sulaiman – bekas ahli gerak gempur Umno

IV.     Zulhelmie b Saharuddin – bekas pemuda Umno Cawangan

V.     Mohd Jefri b kamaruzaman – bekas pemuda Umno cawangan

Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan selamat datang dan salam istiqamah buat mereka dan insyaAllah akan ada lagi kemasukan beberapa tokoh anak muda dari kawasan-kawasan lain dalam perjuangan PAS ini. Ayuh anak muda!! Semarakkan perjuangan, labuhkan dirimu untuk berbakti pada rakyat. Langsungkan Amal Islami demi memartabatkan Islam.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

25 Jamadil Akhir 1439H | 13 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 13/3/2018

- Advertisement -