PH tipu rakyat Sabah dan Sarawak?

- Advertisement -
JIKA masih diingat, pada 22 September 2017, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Christina Liew, telah mengumumkan bahawa PH akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak jika ia menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
 
Pengumuman ini dibuat oleh Christina Liew di hadapan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan di hadapan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah, di dalam majlis soft launch manifesto PH Sabah di Kota Kinabalu.
 
Kata Christina Liew, janji bahawa PH akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak jika ia menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini akan menjadi sebahagian daripada manifesto PH untuk seluruh Malaysia.
 
Malangnya, bila diteliti kandungan Manifesto PRU 14 PH, tidak didapati walau di mana sekalipun di dalam senarai 60 janjinya itu, termasuk di dalam janji-janji khas untuk Sabah dan Sarawak (Janji 40-Janji 48), janji untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas ini.
 
Saya tertanya-tanya ke mana menghilangnya janji manis PH untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak jika ia menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini. Takkanlah belum apa-apa lagi pun rakyat Sabah dan Sarawak sudah tertipu? – HARAKAHDAILY 10/3/2018
- Advertisement -