Lawatan kerja Nuridah bersama amilin dan rakyat Kedah

- Advertisement -
JERLUN: Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan Gelombang AKIFI yang dilangsungkan di Markas PAS Kawasan Jerlun, Ayer Hitam, di sini semalam.
 
Majlis munajat dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Jerlun itu telah disertai lebih 100 anggota Muslimat kawasan itu dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
 
Ustazah Nuridah dalam ucapannya terus menyuntik motivasi agar meletakkan keyakinan kepada Allah agar dianugerahkan kemenangan kepada Islam dengan meningkatkan munajat kepada-Nya.
 
Dalam lawatannya ke Kedah itu, beliau turut berziarah ke rumah mangsa ribut dan menghulurkan sumbangan di beberapa perkampungan di Jerai.
 
Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Ustazah Fatimah Wan Teh dan Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat serta Setiausaha Muslimat PAS Kedah, Zulinda Khamis.
 
Orang ramai yang prihatin diseru untuk turut sama membantu menerusi sumbangan ke akaun Maybank 5640 2540 0711 atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat dengan rujukan ‘Ribut Kedah’ dan sebarang pertanyaan hubungi 019-590 2381 (Oyeen). – HARAKAHDAILY 10/3/2018
- Advertisement -