STPM: Kerajaan negeri rakam tahniah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakam ucapan tahniah kepada tiga sekolah di negeri ini yang dianugerah sebagai sekolah terbaik peringkat nasional.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, tiga sekolah tersebut merupakan 10 daripada sekolah terbaik seluruh negara.

Katanya, sekolah berkenaan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, SM Kangkong dan dan SM Sultan Ibrahim (2).

“Ia adalah pencapaian yang amat memberangsangkan dan menjadi kebanggaan rakyat Kelantan. Lebih menarik lagi ketiga-tiga sekolah tersebut dari jajahan Pasir Mas,” katanya di sini.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Dato’ Seri Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak kelmarin berkata, antara 10 sekolah terbaik STPM2017, lima sekolah dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurutnya sekolah-sekolah di Pantai Timur mengungguli senarai sekolah terbaik bagi keputusan tersebut. HARAKAHDAILY 9/3/2018

- Advertisement -