PAS Raub janjikan kejutan PRU14

- Advertisement -

RAUB: PAS Kawasan Raub akan membuat kejutan dalam Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) akan datang di mana perkembangan politik semasa memungkinkan pertandingan tiga penjuru membabitkan PAS, BN dan Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Raub, Bedu Rahim Ismail berkata, PAS adalah kuasa penentu dalam Parlimen Raub dan ini terbukti apabila penyokong PAS mengundi DAP dalam PRU13 lalu telah memberi kemenangan kepada parti itu.

Katanya lagi,  jumlah pengundi Melayu di Parlimen Raub ialah 51.49 peratus atau 28,946 orang. 

Tambah beliau, ini diikuti 21,878 pengundi Cina (38.98 peratus), 3,555 pengundi India (6.32 peratus) dan 1,836 pengundi lain-lain kaum (3.26 peratus).

“Dengan berlakunya pertandingan tiga penjuru membabit MCA, DAP dan PAS ia akan memberi kelebihan kepada PAS kerana calon PAS adalah calon Melayu Islam dan warga tempatan manakala DAP dan MCA akan diwakili calon berketurunan Cina.

“Jika berlaku Tsunami Melayu, sudah tentu PAS akan menjadi pilihan majoriti (Melayu),” katanya ketika dihubungi selepas perasmian Bilik Operasi Parlimen PAS Raub, oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abd Jabar, kelmarin.

Kata beliau, andainya DAP meletakkan calon Melayu seperti PRU13 lalu, ia tidak membimbangkan PAS kerana pengundi sudah mengenali perjuangan DAP yang tidak mesra Islam. -HARAKAHDAILY 8/3/2018

- Advertisement -