PAS di atas landasan utuh politik negara

- Advertisement -

AMPANG: PAS kini berada di atas landasan utuh untuk menerima mandat kuasa dan majoriti sebagaimana diakui oleh banyak penganalisis di mana mampu membentuk kerajaan atau menjadi ketua dalam kerajaan.

- Advertisement -

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Ampang Kali Ke-34 di Auditorium MPAJ, Pandan Indah, di sini kelmarin.

Menurutnya, kajian banyak pihak antara terbaharu juga dari Merdeka Centre, Singapore Post dan lain-lain menunjukkan sokongan kepada PAS meningkat kepada 45 peratus, sedang Umno merosot.

Ketika sama ujarnya, Umno yang menjadi tunjang pemerintah ketika ini mengalami perpecahan teruk khususnya di beberapa negeri hingga membentuk PPBM, selain peralihan sokongan Melayu kepada PAS.

Perkara itu jelas beliau, turut terlihat dengan petunjuk dari Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang hingga kini tidak berani mengisytihar tarikh PRU kerana belum mendapat formula terbaik untuk menang.

Hal sama juga katanya, berlaku kepada komponen PH yang adanya ketidakpuasan hati sesama mereka dan perpecahan kian membesar atas pelbagai isu dasar dan prinsip.

Malah Ustaz Zawawi yang juga Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat menjelaskan, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera digagaskan PAS telah memberikan perkembangan sangat positif.

Terangnya, ia bukan sahaja memberi ruang kepada PAS memberitahu dasar Islam dan cara mengatasi masalah negara, tetapi juga keyakinan para pegawai tinggi kerajaan bahawa PAS mampu selamatkan Malaysia.

Begitu juga menurutnya, dua kali pembentangan RUU355 di Parlimen memberi kepercayaan kepada rakyat bahawa PAS benar-benar menjadi teraju dan harapan yang memastikan negara berada di landasan syariat.

“Kesannya sangat besar, di kampung-kampung, JKKK yang Umno mula sedar pihak yang bawa Islam ialah PAS. Di Kelantan, berpusu-pusu ahli Umno masuk PAS.

“Antaranya bekas penghulu-penghulu kampung di Pasir Putih setelah sedar Umno tidak serius bawa RUU355 mereka nyatakan sokongan kepada PAS walaupun dipecat dari jawatan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/3/2018

- Advertisement -