Usahawan Eksplorasi PAS VS Usahawan Eksploitasi Umno

Hishamuddin Abdul Karim
- Advertisement -

SETIAWANGSA: Kegagalan kerajaan membangunkan potensi keusahawanan rakyat adalah kerana penyalahgunaan kuasa dan campurtangan politik yang akhirnya melahirkan usahawan eksploitasi, serta mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat .

- Advertisement -

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang juga merupakan Adun Tepoh, Terengganu dalam pidato beliau di Ceramah Kelompok 4.0 di Taman Setiawangsa, di sini kelmarin.

Beliau mengemukakan Taman Ilmu di Besut sebagai contoh projek yang dilaksana Usahawan Eksploitasi Umno di mana telah membazir hampir RM400 juta wang negeri tanpa memberi manfaat kepada rakyat kerana terbengkalai.

Jelas beliau, berbeza dengan PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan berusaha membantu usahawan-usahawan sedia ada dan melahirkan Usahawan Eksplorasi baharu termasuk dalam kalangan anak muda ibukota.

Perkara itu utaranya, akan dikembangkan kepada para usahawan yang mempunyai banyak bakat perniagaan melalui pelbagai inisiatif berdasar model Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS).

“Selain itu, untuk memajukan Malaysia, perlu dibangunkan elemen rakyat yang bijak dan ahli politik atau pemerintah yang adil,” ujar beliau lagi.

Beliau mengajak rakyat bijak berfikir dan menilai prestasi kerajaan sedia ada yang banyak melakukan penyelewangan, serta menjadikan pemberian bantuan seperti BR1M sebagai umpan.

Jelasnya, pemberian tersebut hanya semata-mata bermotif untuk menarik sokongan rakyat kepada BN, sedangkan pelaksanaan seperti GST dan skandal 1MDB tidak ditangani di mana ia antara punca beban kos sara hidup rakyat.

Demikian itu katanya, hanya PAS layak sebagai pemerintah yang adil kerana dasar Islam sejahtera dibawanya serta penyelesaian permasalahan rakyat seperti Dokumen Hijau.

Selain itu tegasnya, PAS memiliki rekod bersih pemerintahan di Kelantan sejak 1990 hingga kini termasuk negeri yang pernah diperintah oleh PAS sebelumnya, sedangkan parti politik lain terpalit dengan pelbagai isu penyelewengan.

Selain beliau turut berucap adalah Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla. -HARAKAHDAILY 5/3/2018

- Advertisement -