Santai Sihat dekatkan PAS dan masyarakat

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: PAS Cawangan Kubang Semang telah menganjurkan program Santai Sihat yang dilangsungkan di perkarangan Masjid Kubang Semang, di sini semalam.

- Advertisement -

Program kemasyarakatan itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara Jentera PAS di Dun Penanti dan Permatang Pasir dengan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya pertandingan mewarna, dekorasi kek cawan dan menganyam ketupat, selain pemeriksaan kesihatan peecuma dan sumbangan kepada asnaf.

Turut mencuri tumpuan adalah pendedahan teknik Resusitasi Jantung (CPR) oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta demonstrasi menangani kebakaran dan penggunaan alat pemadam api oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Hadirin juga mengikuti sesi tazkirah disampaikan Exco Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Fawwaz Md Jan, selain ucapan oleh Pengerusi Masjid Kubang Semang, Ustaz Abdul Rhaffor Mahmod.

Antara pimpinan yang turut serta adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Amir Hamzah Abdul Hashim; Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaie Dato’ A Rashid dan Ketua Muslimat PAS Permatang Pauh, Ustazah Nor Hapiza Saad. –HARAKAHDAILY 5/3/2018

- Advertisement -