Mini Karnival PAS jalin hubungan sesama penduduk

- Advertisement -

BANDAR  TUN  RAZAK: PAS Kawasan Bandar Tun Razak telah berjaya melangsungkan Mini Karnival PAS Bandar Tun Razak 2.0 yang diadakan di Pangsapuri Desa Tasik, Sungai Besi, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara PAS Bandar Tun Razak dan memperkenalkan pimpinan-pimpinannya disamping membuka peluang perniagaan kepada para usahawan tempatan.

Antara program-program yang dijalankan adalah sukan rakyat, jualan amal, tukar minyak enjin motosikal percuma, pemeriksaan kesihatan percuma, kuliah Dhuha dan zikir munajat oleh Ustaz Shafie Abd Rahman dan lain-lain lagi.

Kemeriahan program ini turut disertai Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak, Md Shukor Aziz; Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Desa Tasik Fasa 1A, Suwandi Ahmad dan Ketua Muslimat PAS Bandar Tun Razak, Dr Rosni Adam serta pimpinan-pimpinan lain.

Dr Rosni dalam ucapan pada karnival itu menyatakan, PAS adalah sebuah parti yang menitikberatkan perihal kebajikan dan kesejahteraan.

Di mana tegas beliau, Islam satu-satunya agama yang memberi hak kepada semua golongan tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan sempadan.

“Jualan kebajikan yang kita buat sebagai satu usaha PAS untuk meringankan beban rakyat yang susah dan sengsara akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini,” ujar beliau.

Manakala Suwandi dalam ucapan mengalukan penghargaan kepada PAS Bandar Tun Razak kerana sudi mengadakan program di situ yang disifatkannya mengeratkan hubungan penduduk setempat. -HARAKAHDAILY 5/3/2018

- Advertisement -