Wajib pertahan Kelantan – Iskandar

- Advertisement -
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan mesti dikekalkan pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, tegas Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad.
 
Kata beliau, ini kerana negeri yang digelar Serambi Makkah ini adalah contoh kepada negeri lain. 
 
Beliau berkata jika Kelantan jatuh, negeri mana lagi bakal menjadi ‘guru’ untuk diikuti oleh negeri-negeri lain.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong  Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Ke-51 di Gelanggang Seni, di sini hari ini.
 
Turut berucap pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan.
 
Iskandar seterusnya berkata, sejak 28 tahun lalu Kelantan menjadi rujukan semua pihak khususnya dalam pentadbiran.
 
“Termasuk kerajaan Pusat sendiri seperti cuti dua hari seminggu, cuti bersalin, rumah tiga bilik dan berbagai lagi,”ujarnya.
 
Tambahnya, Kelantan bukan sahaja destinasi untuk dilawati, sebaliknya menjadi tempat ‘mengadu’ rakyat seluruh negara. – HARAKAHDAILY 3/3/2018
- Advertisement -