BN sukar pertahan majoriti PRU13

Takiyuddin
- Advertisement -
KOTA BHARU: Umno dan Barisan Nasional berdepan dengan cabaran sengit bagi mempertahan majoriti mudah pada pilihan raya umum lepas.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dua PRU lepas BN menguasai kerajaan dengan simple majority.
 
Bagaimanapun katanya, situasi itu agak sukar dipertahankan bagi menghadapi PRU ke 14 tidak lama lagi.
 
“Banyak kajian politik yang memperlihat fenomena itu dengan rumusan mungkin tiada parti yang menang majoriti.
 
“Sebab itulah banyak pihak mengandaikan PRU ke 14 paling sengit dalam sejarah pilihan raya di negara ini sejak merdeka,” katanya pada ceramah Bangkit Pertahan di Flat Jalan Bayam malam tadi.
 
Hadir sama Naib Presiden Ikatan, Datuk Seri Badri Ab Rahman, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Dr Ramli Mamat.
 
Badri pula berkata, PAS tidak keseorangan bagi menghadapi PRU 14 kerana Ikatan bersama Gagasan Sejahtera akan membantu mempertahankan Kelantan. – HARAKAHDAILY 3/3/2018
- Advertisement -