Yakin Tsunami pengundi Melayu kepada PAS

- Advertisement -

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata:

- Advertisement -

Satu perkara yang kita perlu akui bahawa padang permainan ataupun playing field untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 ini sama sekali berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13. Ia bukan hanya berbeza buat PAS, tetapi juga buat kawan-kawan bekas kawan-kawan kita dalam PKR, DAP hatta Umno Barisan Nasional sekalipun.

”Nombor satu untuk kawan-kawan daripada PKR, daripada Pakatan Rakyat, dulunya kita bersama-sama dalam satu pakatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13. So, kemenangan calon-calon kita itu sebenarnya tak boleh kita longgokkan atas pengaruh DAP semata-mata, atas pengaruh PKR semata-mata. Sana sudah pasti sumbangan dan sokongan terhadap PAS tidak boleh dinafikan. Dari sudut jentera pilihan raya sendiri, saya pasti rakan-rakan daripada PKR dan DAP merindui kekuatan jentera PAS yang banyak menyokong dan membantu kemenangan parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya yang ke-12 dan ke-13.

“Dan yang keduanya kita melihat pengundi-pengundi Melayu khususnya, hari ini orang berkata tentang Tsunami Melayu, bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik Melayu, hatta Yang Berhormat saudara Lim Kit Siang pun di dalam blognya menulis berkenaan dengan kemungkinan berlaku Tsunami Melayu.

“Jadi kalau bila berlaku Tsunami Melayu ini, sudah pasti kita kena lihat kepada parti Melayu. Dan selepas daripada Umno, parti Melayu yang kedua terbesar dalam negara adalah PAS. So, kita merasakan dengan gerak kerja yang tersusun, kita akan mampu menguasai Tsunami ini untuk berpihak kepada PAS kerana playing fieldnya ataupun padang permainannya berbeza sekarang ini. Maknanya sentimen pengundi Melayu kalau kita nisbahkan dengan Tsunami Melayu tadi, kebanyakan pengundi Melayu dijangka akan bangkit protes dan mereka tidak akan beri undi kepada Umno Barisan Nasionl menjadi punca protes mereka itu. Dan kita yakin dia akan datang kepada PAS.

“Di situlah keyakinan kita dan kita yakin keputusan Pilihan Raya Umum kali ini akan banyak berpihak kepada PAS, bermakna berubah lain daripada sebagaimana disasarkan oleh pihak-pihak yang lainlah.

Ikuti teks transkrip dan suntingan dari jawapan beliau di Program Anda Tanya Roslan Shahir (Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor) Jawab di Live Facebook Sinar Harian pada 28 Februari yang lepas disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). – HARAKAHDAILY 3/3/2018

- Advertisement -