PAS boleh baiki kerosakan dengan kuasa pemerintahan

- Advertisement -
MARANG: Malaysia kaya dengan hasil bumi dan sumber alam tetapi rakyat menjadi susah kerana kesilapan pemerintahnya dalam mengurus tadbir negeri dan negara ini.
 
Hal yang sama turut dialami oleh negara jiran umat Islam yang ramai di Indonesia akibat dari salah urus mentadbir negerinya.
 
Justeru, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa segala kepincangan itu hanya boleh dilakukan dengan mendapatkan kuasa memerintah.
 
“Kita sekarang menghadapi keadaan yang sangat menyusahkan kita, semakin hari semakin susah. Walupun ada hasil bumi, hasil laut. (Ini) Menandakan urusan ini banyak tak betul, banyak salah, banyak tak ikut Islam.  
 
“Tahun lepas saya ke Indonesia dan berjumpa dengan pemimpin parti politik di sana. Di Indonesia penduduk 250 juta dan orang Islam 80 peratus. Rakyatnya juga berada dalam keadaan yang susah. Laut dia (Indonesia) banyak ikan daripada kita (Malaysia) lagi. 
 
“Sebabnya, kerana salah urus, salah tadbir negeri. Kita biarkan kuasa kehidupan berniaga ini ditangan orang tengah. Mereka beli dengan orang ke laut dengan harga yang murah, dijual dengan harga yang mahal,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pengedaran (3P)  Hasil Laut dan Penyampaian Sumbangan Asas Bahan Unjang di MS Agratade, Kampung Pasir Putih, Merchang, di sini sebentar tadi. – HARAKAHDAILY 2/3/2018
 
(Ikuti kupasan lanjut beliau yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2328 edisi Isnin nanti)
 
- Advertisement -