PPSMI: Idea PH bakal ditentang!

- Advertisement -

KUALA  LUMPUR: Jika Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan semula seperti yang dipertimbangkan oleh Pakatan Harapan (PH) jika PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, ia pasti akan mengundang pelbagai reaksi dari pencinta bahasa.

- Advertisement -

Malahan, gerakan mansuhkan PPSMI yang terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan dan parti politik tidak akan berhenti terhadap sebarang usaha meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan walau sesiapa pun yang akan mengambil alih kerajaan selepas daripada PRU nanti wajar mengambil perhatian terhadap kebangkitan rakyat mengenai isu PPSMI.

PPSMI adalah dasar yang dihasilkan daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia telah dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun 2002 sehingga 2008 dan telah dimansuhkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendapat tentangan hebat daripada pencinta bahasa.

Pemansuhan sepenuhnya dibuat pada tahun 2012 selepas PPSMI mencetuskan perbalahan dalam kalangan Umno yang tidak bersetuju dengan dasar baru itu dan menjadi platform kepada parti-parti pembangkang h bersatu mempertahankan hak bahasa kebangsaan.

“Kerajaan Umno-BN yang telah melakukan kemungkaran besar dalam isu bahasa. Kami berharap sesiapa pun yang akan dinobatkan dalam PRU-14 nanti akan meletakkan prinsip mengutamakan martabat Bahasa Kebangsaan sebagai prinsip yang tidak boleh digadai,” katanya kepada Harakah hari ini. – HARAKAHDAILY 2/3/2018

 

- Advertisement -